Home

  • Home
  • Page Not Found

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri berperanan melaksanakan fungsi pendakwaan bagi kesalahan jenayah Syariah di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002, dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Melaka 2002. Jabatan ini bertanggungjawab memastikan proses pendakwaan dijalankan secara adil, telus dan mematuhi prinsip perundangan Islam.

Pendakwa Syarie ialah pegawai yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa negeri untuk mengendalikan kes pendakwaan bagi kesalahan jenayah Syariah. Pendakwa Syarie bertanggungjawab memastikan setiap kes dikemukakan di Mahkamah Syariah dengan bukti dan hujah yang kukuh berasaskan hukum Syariah dan undang-undang bertulis.

Semua kesalahan yang termaktub dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002, dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Melaka 2002. Antara kes yang boleh didakwa termasuk kesalahan seperti zina, khalwat, minum arak, tidak berpuasa di bulan Ramadan tanpa uzur, ajaran sesat, dan kesalahan lain yang termaktub dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri.

Tidak. Kes kekeluargaan seperti perceraian, nafkah dan hak penjagaan anak dikendalikan oleh Mahkamah Syariah melalui Bahagian Sulh atau Bahagian Undang-undang Keluarga Islam. Jabatan Pendakwaan Syariah hanya mengendalikan kes jenayah Syariah.

Aduan boleh dibuat secara bertulis atau lisan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri. Aduan hendaklah disertakan maklumat lengkap mengenai kesalahan yang berlaku.

Selepas laporan diterima, siasatan akan dijalankan oleh pegawai penguat kuasa. Sekiranya terdapat bukti yang mencukupi, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk tindakan selanjutnya.

Ya, pengadu mungkin diperlukan hadir sebagai saksi untuk memberi keterangan di mahkamah bagi menyokong kes pendakwaan.

Tertuduh mempunyai hak untuk diwakili oleh Peguam Syarie, diberi peluang membela diri, serta mengemukakan saksi dan bukti di mahkamah. Semua perbicaraan dijalankan berdasarkan prinsip keadilan Syariah dan undang-undang negeri.

Tidak. Jabatan ini tidak menyediakan khidmat nasihat undang-undang kepada orang awam kerana fungsinya tertumpu kepada pendakwaan kesalahan jenayah Syariah. Namun, orang awam boleh mendapatkan nasihat daripada Bahagian Undang-undang Keluarga Islam atau pegawai di Jabatan Agama Islam Negeri.

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri berpegang kepada prinsip keadilan, ketelusan dan profesionalisme seperti yang digariskan dalam Dasar Pendakwaan Syariah serta arahan-arahan am daripada Ketua Pendakwa Syarie Negeri.

Jabatan melaksanakan pelbagai program pemantapan profesionalisme seperti bengkel pendakwaan, latihan kemahiran penyediaan hujahan, serta penggunaan teknologi digital dalam pengurusan kes.

Jabatan sentiasa menekankan nilai integriti, akauntabiliti dan kepatuhan kepada etika kerja penjawat awam. Semua pegawai diwajibkan mematuhi Kod Etika Pendakwa Syarie dan menjalani latihan pemantapan integriti secara berkala.

Ya. Jabatan menggunakan sistem e-Syariah dan aplikasi digital lain bagi mempercepatkan proses pengurusan kes, penyimpanan rekod dan pelaporan statistik pendakwaan.

Status kes boleh disemak melalui portal e-Syariah atau laman web rasmi Mahkamah Syariah Negeri dengan memasukkan nombor kes atau maklumat pihak yang terlibat.

CTA Image 1

Pendakwaan Syariah Berwibawa, Ummah Terpelihara

Accessibility Tools