
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam mufakat. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Syukur ke hadrat Allah S.W.T., selawat beserta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabat Baginda, kerana dapat kita terus menyusuri tahun ini dengan keadaan yang harmoni di bumi Malaysia bertuah ini.
Dalam arus pembangunan teknologi, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPeNM) bergerak seiring dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membudayakan ICT di negara ini.
Dalam meniti arus transformasi selari dengan peredaran zaman, JPeNM perlu bersedia untuk menerima dan menghadapi cabaran globalisasi. Semua kakitangan JPeNM perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam menangani kes-kes yang datang.
Ketua Pendakwa Syarie
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka